Sejarah ringkas Teluk Intan

  • Residen British ke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low).
  • Ketika itu, pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low, malah melukis pelan pertama bandar Teluk Intan. Anson dilantik sebagai pegawai daerah Teluk Intan dan bersara pada 1882.
  • 15 Mac 1882: Bandar Teluk Anson diberi sempena namanya. Namanya diberikan oleh Hugh Low dalam persetujuan Majlis Negeri .
  • Satu rancangan menyambungkan Teluk Anson dengan Durian Sebatang yang akan menyebabkan Teluk Anson menjadi sebuah pulau di Sungai Perak.
  • 1884: pemangku Residen Perak Frank Swettenham musykil dengan cadangan terusan ini.
  • 1880-an: zaman kereta api di Perak telah menyebabkan peranan sungai sebagai jalan perhubungan telah berubah. Stesen kereta api dan pelabuhan yang kukuh dibina di Batak Rabit. Pelabuhan ini sibuk sehingga Perang Dunia Kedua.
  • 1982: Sultan Idris II menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan semula.
  • 1962: Majlis Bandaran Telok Anson ditubuhkan iaitu sebuah Lembaga Kerajaan Tempatan. Dilantik seorang Pegawai Daerah.
  • 1970-an: peranan Teluk intan sebagai stesen kereta api dan pelabuhan ditamatkan kerana Sungai Perak semakin cetek dan hakisan tebing sungai menyebabkan gudang-gudang runtuh ke dalam sungai.
  • 1 Disember 1979: Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) telah ditubuhkan di bawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 lalu diisytiharkan melalui WARTA Kerajaan PKPU 27 dengan mencantumkan enam buah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPKT) yang terpecah sebelumnya seperti berikut:
    1. LPKT Langkap
    2. LPKT Chui Chak
    3. LPKT Pelawan
    4. LPKT Batu Dua Belas
    5. LPKT Hilir Perak 
    6. LPKT Teluk Intan
  • 5 April 1980: Majlis Daerah Hilir Perak mula beroperasi sepenuhnya sebagai PBT tunggal bagi mengurus tadbir kesemua kawasan di atas dalam Daerah Hilir Perak, dan tertakluk kepada:
    1. Akta Kerajaan Tempatan 1976
    2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
    3. Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974